Wednesday, July 22, 2020

Sepulang Petang

Bismillah~

Kesiannya lahai Blog terabai. Bila kita fokus kat benda lain apa yang nak taip kat sini pun dah tak tahu mana satu. Hahaha

Padahal banyak je benda berlaku yang nak cerita tapi tak tertaip kat sini. Camane tu? Kikiki
Sepulang mencari sesuap nasi. Kerepek ubi pun boleh~



Friday, June 26, 2020

Makan Luar Pertama Kali Lepas PKP

Assalamualaikum, Hai ~

Tadi masa makan kat gerai kawasan Terminal Bas Shah Alam, baru terfikir "eh ni first time makan kat kawasan awam semenjak bermulanya Perintah Kawalan berbulan-bulan yang lalu. Ahaks

Alang-alang dah keluar hantar kawan kat situ makan la sekali. Sebenarnya tak niat pun nak makan situ sebab tak lapar tetiba nampak kawasan gerai-gerai jadi lapar. Apekah?


So takyah la fikir nak masak apa malam ni kat rumah sewa ngahaha. Saya order Kuew Teaw Tomyam.

Mula-mula order Kuetiau Kungfu, kawan pun order sama jadi tukar la taknak sama. Hahahahaha motifff??


Onionhead30

Lamanya dah tak blogwalking. Sekarang dah kembali ke rutin sebelum PKP yang lalu, jadi ke-busy-an serta kecelaruan untuk menyiapkan tugasan yang tergendala ditambah dengan blur nak post entry apa. Hehe. Sekian~


Thursday, June 18, 2020

Seri Muka Yang Sedap Makan Sampai Habis

Bismillah~

Semalam masa berjalan ke tempat mencari rezeki, singgah la kat kedai makan nak tengok-tengok apa yang ada kat situ sebab kawan kata sedap kat situ. Selama ni lalu je tengok dari jauh je tak pernah singgah masuk lagi. Hehe


Macam biasa sarapan pagi Malaysia ada nasi lemak, bihun, mee goreng, nasi  goreng serta kuih-muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Tibeh!

Okay , kuih-muih dia menarik walaupun tak banyak pilihan. Sekali nampak la kuih kegemaran. Beli la sebungkus. Ahaksss
Suka tengok bentuk potongan dia, elok je segi empat. YANG PENTINGGGG rasa dia SEDAPPPPP nya lahaiiiiiiii.  
Bahagian atas yang manis-manis sikit blend dengan bahagian bawah  pulut yang sedikit masin boleh dikatakan seperti tagline lemak berkrim disukai ramai hahaha. Boleh?
Beli kat kedai makan sebelah Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam (Rm2.50 1 pek) 

Hopscotch




Sunday, June 14, 2020

Aktiviti PKPP

Assalamualaikum Haiii

Jumaat lepas sampai di rumah sewa yang telah ditinggalkan nak dekat 3 bulan. Masuk je bilik cari sawang-sawang kat baju dan tempat tidur. Hahaha takde sangat pun, habuk-habuk tu je ada. 

Tapi kalau kat kipas, amboi meriah sawang di situ. 
Rockin Stick Figure!!!!

Jadi untuk mengelakkan lagi banyak sawang melekat di kipas, marilah kita bersihkan

Harus la pakai tangga heee

Baru la rasa angin turbo. Hahaha

Maafkan saya yang tiada idea. Hal kipas pun nak buat entry. Miahaha. Ada idea nak nak update apa? Ngeee!
peek a boo kitty
Esok baru masuk seperti rutin sebelum PKP. Selamat Meneruskan Perjalanan Hidup~ 
Blowing kisses



Tuesday, June 09, 2020

Pulang Ke Gelanggang

Assalamualaikum~



Hai nak singgah tiup sawang je sikit kat sini. Hehe. Dah dekat seminggu tak update dek kerana kesibukan yang tak berapa nak jelas (hahaks) ditambah  dengan lontaran idea yang tak kunjung tiba seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Lahh *di mana kaitannya*



Memandangkan pengumuman Rentas Negeri dah dibenarkan, jadi secara automatik saya akan kembali meneruskan rutin harian dan pulang ke rumah sewa nun jauh di sana. Hahaha apa lah jadi dengan barang-barang mesti kena tiup sawang 18 kali ganda daripada tiup sawang kat blog. Erkkk~ 

Ada perkara perlu diselesaikan yang tertunda sejak 18 Mac yang lalu. Ada 'perlawanan' yang perlu dihabiskan. 


Perlu disiapkan dan apa pun keputusannya, hidup perlu diteruskan. Ngee~


Minggu depan bermulalah kembali kehidupan seharian seperti sebelum PKP. Yang pasti perlu lebih ber hati-hati kerana kita belum menang sepenuhnya. Wabak masih ada, lagi-lagi jika kita berada di persekitaran yang ada komuniti manusia. 
YoYoCiCi - i am so in love - heart

Pesanan - Maaf saya belum balas komen kat Post sebelum ni. Hehe saya baca je semua dan tersengih sendirian sambil jawab dalam hati. Terima kasih yang datang singgah walaupun tuannya tah ke mana. Hakss





Wednesday, June 03, 2020

Pavlova Die Hard Fans

Bismillah~

Bagitau siap-siap ini bukan Entry Resipi Pavlova Mudah Dan Sedap. Ni cuma KEGIGIHAN MENDAPATKAN SEPOTONG PAVLOVA BUATAN SENDIRI DAN MAKAN SENDIRI. Haha

Yang saya tau bahan buat pavlova ni simple je. Pakai putih telur, gula kastor, esen vanilla sikit, tepung jagung sikit, cuka secoet pastu whipping cream (non-dairy recommended). 

Untuk topping letak je buah yang masam-masam macam kiwi ke, strawberi dan segala keturunan berrys. Ada je orang letak buah yang manis so ikut la citarasa sendiri. Letak buah yang masam tu sebab nak balance kan rasa manis pavlova tu.

Okay bahan dia boleh la gigih cari. Tapi nak buat dia tu ya Allah ampuni Nabila ya Allah. Salah terma dan syarat melingkup la Pavlova hang. breakdancing stick wooh!!

Bila ada slek je kat pavlova tu mesti tak patuhi piawaian sebenar. Nanti pavlova jadi liat la, kempis, berair, mendap dan macam-macam lagi. Dan pengalaman tu alhamdulillah saya dah merasainya demi menghasilkan pavlova buatan sendiri.
lmao
Sampai semalam buat pun buat masih ada yang tak kena. Nasib baik sukaaaaa kalau tak dah lama baling je bekas buat pavlova tu. Eh?? Hahaha

Segala kekurangan kita boleh tutup dengan whipping cream. Hehe sangatttt berguna
Tanpa Strawberi, Pavlova masih bererti. Erk~ 

Yang pasti, akan buat lagi dan lagi. Chef pun kata dia buat Pavlova ni Try n Error 10 kali baru jadi. Sekian coretan Penggemar Pavlova ~ Hakss


Monday, June 01, 2020

Jun 2020

Assalamualaikum~

Onion head- Bye

Eh dah 9 syawal rupanya kita harini. Dah masuk bulan 1 Jun bermakna ia bulan 6 - okay tu semua orang tahu. 

Kalau ikutkan tarikh sebenar tanpa ada aral yang melintang, semalam 31 Mei 2020 saya akan tamatkan kursus Praktikal melalui program Jumper Start Up (PUNB) yang saya ikuti bermula Oktober tahun lalu. Tapi terpaksa ditunda tarikhnya kerana 2 bulan lebih dah tak masuk. So tunggu la bila dipanggil masuk semula. Ada satu dua perkara yang perlu diselesaikan lagi.

Oh malam tadi ada terbaca komen dari Blog Anisa yang anjurkan Giveaway tu. Tersenyum secara tiba-tiba. Ni kali kedua terpilih secara undian sejak buat blog baru Ramadhan yang lalu. First haritu dari blog Kak Shirven. Terima Kasih semua ~ Nanti nak buat juga lah Giveaway hehe.  

Mood ke-lautan dalam 2 3 hari ni haha tu yang tak berjalan-jalan ke blog. Okay jom la jalan harini ~


cat chasing butterfly



Thursday, May 28, 2020

Buah Kiwi Yang Menarik

Bismillah~
Assalamualaikum... Salam 5 Syawal =) 

Buah yang kulitnya berbulu keperang-perangan hijau. Kadang macam warna olive oil pun ada. Hehe. 
Baru tau kiwi ni sejenis buah-buahan beri. Dulu ingatkan buah Oren lagi tinggi vitamin C sebab asal iklan vitamin C je Oren, asal Oren je vitamin C. Eh?
HELP PANDAS!!


Rupanya jumlah vitamin C Kiwi ni dua kali ganda lebih daripada Oren macam Oren kena 2 biji kalau kiwi sebiji je (lebih kurang la). Nampak je kecik kiwi ni tapi khasiat dia kalau nak cerita banyak la lagi. 

Lawa kan warna hijau dia

Kalau saya makan, belah dua je macam ni pastu ambik sudu cedok je hee~

Ha kalau macam ni boleh letak topping Pavlova

Buah tempatan yang nak dekat sama rupa dia macam kiwi ni haaaa...

buah ciku | Manilkara zapota (L.) P.Royen (Sapotaceae) from … | Flickr
Taraaaa
Ciku sentiasa dihati sama macam buah Durian dan Tembikai susu. Tibehh
(credit-Google )

Masa kecik-kecik selalu makan sebab ada je kat kampung, kat rumah jiran-jiran. Sekarang je susah sikit jumpa sebab pokok dah takde. Luar dia seakan buah Kiwi cuma isi dia warna coklat muda.

Ciku ni buah tempatan kalau kiwi buah import~ Hee. Sedap kan ciku?

pink kisses


Sunday, May 24, 2020

Raya Throwback~

Assalamualaikum~
Harini dah 1 Syawal

Syukur kita masih lagi diberi udara untuk bernafas. Ramadhan dah melabuhkan tirai (hehe klise pulak) dan semoga kita diberi kesempatan untuk jumpa lagi pada Ramadhan 1442H. Aamiin~

Cerita Raya harini takde pun. Takde ke mana-mana. Cuma tengok orang je update pasal Raya masing-masing. kebanyakannya gambar Raya kat rumah sendiri. Good Job~ So kita imbas kembali kenangan dulu-dulu je lah. kawaii

Berbelas tahun yang lalu, bila Raya je mesti meriah dengan ucapan raya melalui SMS @ sistem pesanan ringkas. Siap ada simpan lagi ucapan tahun-tahun lepasnya yang best dalam draft untuk tahun depan pulak. Haha. 
sparkle sparkle sparkle sparkle sparkle
Malam Raya dan Raya pertama confirm menderu-deru SMS masuk. Suka sangat rasa berbalas ucapan Raya. Dulu pakai simbol-simbol je, kreatif sikit jadi bentuk gambar. Dengan pantunnya.. bukan main lagi. Sekarang, teknologi tanpa batasan. Macam-macam grafik ada. Tu la perubahan zaman kan.

Antara handphone yang digunakan suatu masa dulu. Model apa tah ni. 3100 eh? Heee~

Bukanlah seorang gamer cuma suka sebab dia rare. 
Tapi bila nak taip tu kena pegang dua belah tangan la haha (N-Gage QD)

Satu lagi bab kad Raya. Ni lagi kenangan. Dulu masa zaman sekolah mesti akan g pekan beli. Siap pilih yang kartun-kartun lawa dan lawak. Haha. kat sekolah esoknya bagi kawan-kawan. Kadang-kadang terkejut datang sekolah pagi-pagi ada orang letak kad Raya bawah meja. Siap suruh balas lagi. Adehh nostalgia sungguh.

Nak up gambar kad raya yang dulu pun taktau dah kat mana duduk. Dah ditelan bumi mungkin. Ngeee~

Apa pun saya nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 
untuk rakan-rakan Blog yang saya baru kenal, yang 9, 10 tahun lalu kenal, dan yang bakal kenal? Ehh. Hahaaa




Friday, May 22, 2020

Ramadhan Yang Akan Diingati

Bismillah~


Tak terlintas di fikiran saya pun yang kita akan melalui ramadhan dengan norma baru dalam keadaan pandemik covid-19 yang sedunia. Negara kita mengikut plot Graf, mungkin berkurang tapi tetap masih banyak kes yang aktif.

Semua orang ada struggle masing-masing dalam keadaan sekarang. Tak boleh nak banding-banding. Hakikatnya semua orang terkesan cuma tahap tu je yang membezakan. Tahun ni kita dah rasa macamana sambut puasa dalam PKP dan tahun depan kita taktau lagi. Moga kita dipanjangkan umur dalam keberkatanNya.

Tak sampai 48 jam dah kita akan masuk bulan Syawal. Syawal pun kena praktik norma baru. Yang pasti tahun ni Raya mesti penuh dengan video call. Kan kan? 

Salam Ramadhan yang berbaki sehari lagi~
PINK ROSE

"BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG"


Eh ada Giveaway pulak ni daripada Blog Anisa Anuar sempena Ulang Tahun Owner dan saya di tag oleh 
Hehe (Serius nak tengok macamana semut tengah senyum)

Secara jujurnya saya belum pernah lagi dengar produk yang bernama NIQA ni. Jadi first time tau, bila tengok kat blog owner ni la. Semoga maju jaya dengan perniagaan yang bermanfaat untuk umat manusia..

Saya taktau nak tag siapa, heee. Siapa yang nak join dan tengok syarat2 nya boleh klik Banner atas ni.
 Terima kasih ~


Tuesday, May 19, 2020

Teringin Punya pasal

Bismillah~

Sebenarnya lama dah teringin nak cuba buat sendiri Kek Lobak sebab masa makan kat Secret Recipe haritu (2 tahun yang lalu) sedap sungguh. Rasa nak makan lagi 3 4 5 6 7 potong kat situ. Tapi hanya sepotong je beli. Ahaks. Dia tak manis sangat pastu ada walnut dalam dia dengan topping krim tu. Teringat sampai sekarang.

Lalu, ku pun dengan semangat nya buat petang tadi. Berbekalkan video kat YouTube.


Saje tunjuk dua bahan ni je. Tu walnut takde so ganti dengan kacang gajus je lah. Hehe



Tapi bila buat sendiriiii...... 
poke

*Rasa nak pergi kursus belajar buat kek pulak. Huwaaa*


Percubaan pertama begini je mampu 

Alhamdulillah
Rasa biasa-biasa je, tak sama pun macam kat Secret Recipe tu. Kenapaaaa (tiber)

Mana lobak yang di parut tadi? Tak nampak dah. Halus je. Lepas ni kena parut kasar sikit nampaknya. Bentuk kek pun tersenget siap berongga tu. Adehhh.

Sekian~ 


- SALAM MALAM 27 RAMADHAN -

Sunday, May 17, 2020

Note To Self First

Bismillah~

Tak terhitung dah hari PKP apalagi kadang-kadang dah tak ingat tarikh. Tapi mujur la Ramadhan ni menghitung la jugak. Sebab kita dah hari-hari terakhir sebelum menginjak ke bulan yang lain.

Malam ni pun malam 25 Ramadhan, malam ganjil kan. Malam yang di tunggu-tunggu oleh kebanyakan insan yang mengharapkannya. Kita pun taktau antara malam yang mana satu kan tapi setiap doa yang baik-baik pun sangat digalakkan di bulan yang sangat bermakna ni.

kredit nasihatsahabat.com


Saya tampal Doa ni kat sini untuk tatapan diri sendiri dan sesiapa yang melihatnya. Moga kita semua peroleh Hidayah dan Redha Nya dalam menjalani kehidupan ini~


Sesibuk kita pun untuk buat itu ini, moga kita semua dilorongkan ke landasan yang benar dan lagi jelas.

Friday, May 15, 2020

Biskut Makan Sendiri Je

Sebenarnya, tak habis lagi dengan isu whipping cream. Majoriti cadangan suruh buat cheese cake. Nak buat dah kemarin tiba-tiba tengok cream cheese takde stok. Terus spoil. Okay Next! Haha
cute and sleepy

So kita pun buat biskut la dulu. Hehe. Biskut yang orang lain buat Famous Amos tu, tapi kalau salah suhu boleh jadi biskut Famous ANGOS. Boleh? Hehe


Tak letak banyak pun chocolate dia. Testing je dulu ni, lepas ni boleh letak chocolate yang melimpah ruah haha



Tapi yang ni saya buat versi kenyal. Nama dia pun Chewy Chocolate Chips Cookies. Tengok kat instagram @tastyjapan. Macam yang khairulaming buat tu. Sama je cuma beza kuantiti tepung.

Boleh la tu untuk makan-makan sendiri je. Daripada kempunan takde orang nak buatkan. Hahaks~




Wednesday, May 13, 2020

Dairy And Non-Dairy Whipping Cream

Assalamualaikum~


Asalnya nak buat Pavlova jadi cari la whipping cream untuk hiasan atas kek (topping). Mula-mula beli yang kotak kecik tu, sekali tanya kawan betul ke apa yang dibeli tu. Dia pernah buat, sedap pulak tu helokkkk je. Pastu dia kata ada 2 jenis, Dairy and Non-Dairy (Tenusu dan Bukan-Tenusu).

Ingatkan yang ni sebab ada gambar Pancake tu. Tapi ni nanti tak tahan lama topping tu.


Kalau untuk buat Pavlova atau hiasan kek tu tak sesuai pakai yang Dairy. Nanti cepat sangat cair dan tak tahan lama bentuknya. Kalau buat sebiji yang besar tu makan sikit-sikit mesti 3, 4 hari baru habis. Hehe catty cat

Last buat pavlova 7 tahun yang lalu, selepas kejadian whipping cream nya mencair sampai hilang rupa akibat salah guna jenis whipping. Sampai ke sudah tak buat-buat lagi. Erkkk~


Lepas tu beli satu lagi ingatkan betul la. Sebab nampak macam ye je. Lama simpan dalam peti ais baru la belek-belek, RUPANYAAAAAA... yang ni pun Dairy (ada tulis UHT).

Lalalala Pucca
Jadi sekarang kena cari resipi lain pulak untuk habiskan dua kotak ni.
 Boleh buat apa ye untuk Dairy Whipping Cream ni?

kalau nak tau lebih lanjut perbezaan whipping cream ni, boleh baca kat sini. Ha kat situ ada terangkan semua.

Thank you