Thursday, April 30, 2020

Jagung Cheese Leleh

Bismillah~

Semalam tiba-tiba je dapat idea selepas teringat resipi yang dah simpan untuk kesekian lamanya. Hahaha memang selalu jumpa makanan yang best-best, simpan dulu buat koleksi atau screenshot siap-siap tapi buatnya ntah tahun bila. Hihiks

Alang-alang ada jagung dalam peti yang tak berusik lagi so kita try je la buat ni.

Nak buat bubur jagung kena guna santan, jadi nak makanan yang sihat sikit kita buat macam ni je la. (padahal boleh je rebus terus makan gitu je lagi sihat. Lels)


Bahan-bahan. Garam dan susu pekat tiada dalam gambar

Senang gila buat mende ni, tak sangka pulak sesenang ini. Hahaha budak darjah 1 pun boleh buat >.< Semua bahan ni masukkan dalam periuk pastu masak je sampai mendidih. 

Jagung tu kalau saya, rebus asing dulu sebelum masukkan semua dengan bahan2 lain. Cuma dalam resipi tu tak cakap dia rebus dulu. Katanya masukkan sekali je dengan yang lain. 

Oh susu Dutch Lady Full cream tu saya ganti. Ikut resipi sebenar dia pakai susu cair. Tapi saya lebih suka guna susu ni kalau letak kat spaghetti ke, buat kek ke. Sedap kan? Hehe

Cheese Slice yang sedang mencair. Phewww~

Ni la kejadiannya masa dalam periuk lagi. Yang best tu bau wangi butter dengan daun pandan. Eh butter tu tak la guna sebuku macam dalam gambar, guna sikit je. Kurang daripada suku yang saya guna, lepas tu masuk dalam peti ais balik. Jimat. Hahaha nanti nak buat biskut raya pulak. Eh? *kalau rajin*.


~SALAM 7 RAMADHAN DAN SELAMAT BERBUKA SEMUA~


Tuesday, April 28, 2020

Math is Awesome

Bismillah~

Baru ni ada la bersembang dengan adik kepada rakan, dia masih bersekolah. Form 4 tahun ni. Soalan cliche harus la tanya "Best tak cuti PKP ni?". Jawapan dia pun mesti la cliche tahap legend gitu. Lebih kurang macam ni "Seronok la jugak, tapi nak sekolah. Nak jumpa cikgu, nak jumpa kawan-kawan. Nak belajar". 

Tapi kali ni memang berbeza la sebab dorang nak cuti yang seminggu tu, sekali cuti lama terus. Semua ni di luar kemampuan kita dik. Takpe tak lama lagi boleh dah pergi sekolah eh. Jangan skip pulak. Hahah~ 
Kalau tak nangis tu bukan Math la namanya. Ngeee

Sambil tu ada la cerita sikit pasal subjek. Ha pastu dengan teruja nya cakap Math tu subjek kesukaan saya suatu masa dulu. Eh tapi sampai sekarang pun suka. Walaupun masa belajar dulu kadang-kadang tengok result boleh bawak mengucap. Hahaha dah-kenapa-sebegitu-rupa-result-nya-macam-tak-pergi-sekolah-pulak. Dushhh~

Sekali dia suruh kita ajar dia Math. Sebab nak skor untuk SPM nanti. Aduuu nak nangis sistur rasa sebab lama gila dah tinggal zaman sekolah. 13 tahun dah berlalu. Ntah-ntah formula nak cari luas segiempat tepat pun dah tak ingat. (hahaha itu melampau kalau tak ingat)

Credit : Google

Tapi tidak la sama cara dorang sekarang dengan zaman saya belajar dulu. Saya rasa dorang sekarang ni sekolah rendah pun advanced. Apalagi yang ke arah SPM. Level-level KBAT taktau nak describe. Harap-harap kat sekolah nanti belajar elok-elok ye. Mampu doakan je dari jauh. Bitaufiiq Wannajaah~

Sunday, April 26, 2020

Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzy.blogspot.com

Bismillah~

Amboi panjangnya TAJUK. Ahaaa~
Alang-alang ada orang anjurkan segmen so cuba-cuba la join. Lamaaaaaa betul dah tak join apa-apa contest atau aktiviti kat blog setelah sekian lama tidak berkecimpung di arena ini.

Semua maklum kan harini dah 40 hari PKP berlaku di Malaysia. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Setiap orang ada struggle dengan dunia masing-masing. Yang langsung tak keluar rumah sampai harini tu saya tabik spring la. Sebab kita memang disarankan begitu kan. Dengan hashtag STAY AT HOMESTAY SAFE

Okay sambung tujuan post ni, hehe seperti yang tertera pada tajuk. Benda apa nak buat lepas habis PKP eh? Saya nak habiskan program JUMPER START UP yang saya sertai beberapa bulan yang lalu. Program ni bernaung di bawah PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). 

Kitorang dihantar untuk internship selama 8 bulan dan ikutkan sepatutnya habis 31 Mei ni. Tapi memandangkan kita semua diuji dengan keadaan semasa sekarang, so kitorang punya program ni terpaksa ditunda.

Info terkini, kitorang diberitahu awal bulan 6 nanti baru boleh masuk semula tu pun bergantung kepada keadaan jugak. Sebarang perubahan tertakluk kepada perkembangan semasa negara. 

Bermakna lepas raya la baru sambung semula tempoh tu. Jadi, saya pun nak sambung la menangis di sudut bucu mana-mana. Eh boleh? Haha.

Apakan daya, nak tak nak pun kita kena hadapi dengan mengambil sebanyak mana HIKMAH yang tersembunyi di balik semua ketentuan ini. Pasti ada hikmahnya cuma kita menyedari atau tidak je. Ehee~ 

Lima ketul yang sedang menghitung hari tamatnya program >.<




Friday, April 24, 2020

COME back

Bismillah~

Buat pertama kalinya....


Setelah genap 10 tahun kewujudan BLOG PERTAMA (yang dah REMOVED T_T) dengan ini secara rasminya saya MERASMIKAN blog yang ke-2 dan terakhir (dengan harapan). 

Tidak mudah ye kawan2 (hahaha mana kawan?) nak set up balik panorama blog mengikut citarasa yang sebenar taknak kalah ni. Lahhh~

Semoga apa yang dimulakan semula ni bukan lah seperti hangat-hangat tahi ayam

Hahaha plisss jangan. 

Harap penulisan blog kali ni lebih matang dan berfikiran terbuka walaupun hakikatnya saya lebih suka benda yang tertutup. Tibehhh

Harini kan hari pertama kita umat islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa untuk tahun 2020. Jadi saya selit la SALAM RAMADHAN Al-Mubarak kat sini bagi semua yang menjalaninya. Dan tahun ni juga dalam SEJARAH di mana kita semua berhadapan dengan virus PANDEMIC Covid-19. Buat pertama kali kita puasa dalam suasana PKP yang dah berlalu dalam sebulan lebih. Stay safe~


Okay saya nak mula menjejaki saki baki kekawan yang masih ada di sini. Tolong la muncullll. Ahakss~