Sunday, April 26, 2020

Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzy.blogspot.com

Bismillah~

Amboi panjangnya TAJUK. Ahaaa~
Alang-alang ada orang anjurkan segmen so cuba-cuba la join. Lamaaaaaa betul dah tak join apa-apa contest atau aktiviti kat blog setelah sekian lama tidak berkecimpung di arena ini.

Semua maklum kan harini dah 40 hari PKP berlaku di Malaysia. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Setiap orang ada struggle dengan dunia masing-masing. Yang langsung tak keluar rumah sampai harini tu saya tabik spring la. Sebab kita memang disarankan begitu kan. Dengan hashtag STAY AT HOMESTAY SAFE

Okay sambung tujuan post ni, hehe seperti yang tertera pada tajuk. Benda apa nak buat lepas habis PKP eh? Saya nak habiskan program JUMPER START UP yang saya sertai beberapa bulan yang lalu. Program ni bernaung di bawah PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). 

Kitorang dihantar untuk internship selama 8 bulan dan ikutkan sepatutnya habis 31 Mei ni. Tapi memandangkan kita semua diuji dengan keadaan semasa sekarang, so kitorang punya program ni terpaksa ditunda.

Info terkini, kitorang diberitahu awal bulan 6 nanti baru boleh masuk semula tu pun bergantung kepada keadaan jugak. Sebarang perubahan tertakluk kepada perkembangan semasa negara. 

Bermakna lepas raya la baru sambung semula tempoh tu. Jadi, saya pun nak sambung la menangis di sudut bucu mana-mana. Eh boleh? Haha.

Apakan daya, nak tak nak pun kita kena hadapi dengan mengambil sebanyak mana HIKMAH yang tersembunyi di balik semua ketentuan ini. Pasti ada hikmahnya cuma kita menyedari atau tidak je. Ehee~ 

Lima ketul yang sedang menghitung hari tamatnya program >.<




18 comments:

nona sani said...

Whoaaaa...nice...sabar jela yg mampu..Dan teruskan berdoaaa... Good luck join segment!
Jemput singgah blog saya

https://www.nonasani.com/2020/04/segmen-apakah-perkara-pertama-yang-anda.html?m=1

ShirVen said...

terima kasih support ye dik. yea semua aktiviti, rencana terpaksa dihentikan buat sementara, semoga C19 ni cepat2 lah nyah dari bumi ni. btw, done follow 😊

Silah Hassy said...

moga dipermudahkan~.

dah singgah baca segmen tu. good luck jugaaa. ehee

Silah Hassy said...

hehe sama2 kak. aamiin ya Rabb

anamizu said...

tu lah dah masuk Fasa 4 PKP. moga cepat reda & lenyap wabak covid19 ni kan. salam ramadhan silah :)

Silah Hassy said...

aamiin. salam ramadhan juga yang ke 4 harini anamizu~

Wak Lat said...

semoga dipermudahkan segala urusan n dijauhkan drpd wabak virus covid nih.. aminn

Silah Hassy said...

aamiin minta sangat dijauhkan.

Azhafizah MN said...

Selamat bersegmen. Banyak program dan kerja tertangguh. tapi itulah, ada hikmahnya :)

Silah Hassy said...

ha a betul tu. sama2 kita ambil hikmahnya je dari situasi ni =)

ewanthology said...

PKP sampai lepas raya kot

ray said...

what i want to do is to go home.

Sii Nurul said...

sy baru ja follow blog nie.. apapun selamat bersegmen.. semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat ^^

Silah Hassy said...

rasanya begitulah. cuma mungki terkawal sikit? hehe

Silah Hassy said...

ye ye ramai yang berkeinginan begitu~ semoga dipermudahkan ye

Silah Hassy said...

terima kasihhh =) aamiin mudah2an

Farhana Jafri said...

kesiannya! Hopefully masih boleh sambung dekat company tu. Semoga dipermudahkan urusan

Silah Hassy said...

@farhana - mudah2an. nak habiskan kontrak cepat ni. hehe