Monday, May 04, 2020

Cross Stitch

Assalamualaikum & Hi,

Ye sebenarnya saya baru tau ia dipanggil macam tu. Sebelum ni tau Stich je cuma taktau kategori apa. Haha sedih.

Dulu masa selalu g kedai peralatan menjual barang jahitan, ada la owner kedai tu jual barang kraftangan dorang sendiri. Sambil-sambil beli barang menjahit, mata besar je tengok hasil kraftangan yang tergantung. Dalam hati "gigihnya dia ni", "wahhh", "eh lawanya". Sebab saya suka tengok benda-benda comel dan bakat orang-orang BERSENI. Pastu rajin. Hehe~


Camtu je dari 2012. Mohon siapkan T_T

Saya pun masa tu terbeli la mende ni. Sebab tengok contoh-contoh yang dah siap tu lawa sangat. Ada macam-macam lukisan. Eh bukan la lukisan tapi macam hasil sulaman yang ada dalam bentuk gambar kartun, pemandangan, bunga-bunga. Tapi saya beli gambar rumah?? Motippp? Haha tak ingat dah.

Macam ni kejadiannya bila dah siap. Ni contoh gambar dia bagi sekali dalam kit.


Lama dah ni beli tahun 2012. Lahh dah 8 tahun rupanya nasib baik tikus tak makan. Sampai sekarang masih tak habiskan sulamannya (betul ke panggil sulam?). Dalam kit tu, dia ada bagi sekali jarum dengan benang yang berwarna-warni ikut contoh yang diberi. So, kena sulam/ jahit ikut contoh, baru la dapat gambaran pemandangan sebuah rumah seperti di atas. Ehee


Jarum dan benang untuk sulam/ jahit

Agak-agak musim PKP ni boleh habiskan tak? Lagipun tak masuk kerja lagi. Tengah tunggu notis daripada PUNB dan majikan untuk panggil balik masuk untuk habiskan kontrak haritu.

Adehhh, kalau tak mulakan macamana benda tu nak siap. Duk gitu je la. Hahaha di manakah mood ituuuu >.<



23 comments:

Aiman said...

waah kreatifnya. boleh jadi gambar plak kan

followed here #30

marsha said...

Pandainya buat cross stich ni...akak xpandai buat...lawa je tengok orang buat

Seorang Syed said...

Cantiknya! Tapi macam memerlukan fokus dan ketekunan ja nak buat tu haha.

Fiza Aizzawa said...

jarang org ada hobi nk cross stitch skrg nie.. semoga berjaya siapkan yer..

Sunah Sakura said...

heyyy ni masa sekolah dulu suka buat...ada satu yang mak bingkaikan dan gantung kat rumah....hahahahha

ray said...

omg hebatnyaaa

ShirVen said...

antara senikraft tgn, crosstich ni je pandai buat, just skrg dah takda masa. saya ada afew blum diframekan. kejanya rumit tapi if dah siap, puas hati. ciayok2 semoga berjaya disiapkan

Silah Hassy said...

@aiman - ha a hehe, nanti dah siap boleh la display~

@marsha - tak pandai pun sebenarnya kak, tapi ikut step dia hahah

@syed - itu la masalahnya sekarang ni, fokus ketekunan tu g mana ntah. lol >.<

@fiza - hahaha terima kasih. aamiin~

@sunah - ohhh mesti lawa kan duk dalam frame =)

@ray - memerlukan kesabaran tinggi siapa yang boleh habiskan ni. hehe

Tengku Sofia said...

Wah! Lama dah saya tak buat cross stich

Záty Rose said...

so pretty and creative!! izzati pulak tengah cuba nak belajar knitting but alatnya tak beli lagi. Happy fasting sis. <3

Mrs Pip said...

wah pandainya sis buat.

Khairul Krol said...

Wah cantiknya! Bukan senang nak buat ni. Tahap kesabaran kena tinggi =)

paridah said...

KAK MMG SUKA MENYULAM SILANG PANGKAH NI BAGAI MELUKKIS D KAIN

Nana Liena said...

Cantiknya... baru tahu ada jual ya set diy ni... hehehe. Kita rasa nak beli tp mcm tak penting pula. Hahaha..dkt rumah berlambak manik dgn pearl.

Silah Hassy said...

@tengku - saya punnnnnn ehee

@izzati - nanti habis pkp g cari alat tu ye. hehe. selamat berpuasaaaa =)

@mrs pip - hehe tengok contoh sis, tidak kelautttt >.<

@khairul - ha a. tinggi macam gunung kinabalu, baru boleh buat ahaaa

@paridah - waa akak mesti berseni ni orangnya..

@nana - hahaha sila hias manik dan pearl tu dulu..

mama tisya said...

dlu2 mak suka la buat Cross Stitch

Silah Hassy said...

@mama t - kannn. mak2 majoriti cenderung ke arah ni. =)

Fatimah Nabila said...

kakak timm ada byk koleksi ni, hobi dia kot, siap ada buku cth2 dia..

Silah Hassy said...

@fatimah - wahh tu memang minat dia la tu siap ada buku2 lagi. ahha

Azhafizah MN said...

Zaman sekolah menengah dulu pernah cuba sekali. Lepas tu give up sebab tak ada passion nak membuatnya. huhu..tapi kalau dah siap cantik kan

Silah Hassy said...

@azhafizah - haha tu la benda ni kalau takde mood memang tak gerak2. ha a acantik. tu la motivasi nya hehe~

Silah Hassy said...

@shirven - ohh akak pun buat juga ye. betul, rumit buat ni tapi cantik dah siap. hehe terima kasih kak~

Sha Mohamed said...

Kena cuba sambung nie.. Mesti cantik kejadiannya..