Wednesday, May 06, 2020

Pemanis Mulut ke Pemanis Bicara. Erkk!

Assalamualaikum~

Salam 13 Ramadhan..

Bila cuaca panas membahang ni tekak rasa kering je, lagi-lagi bila puasa. Tapi kebanyakan tempat hujan kan bulan-bulan puasa ni. Tengok kawan-kawan update kawasan dia siap hujan mencurah-curah ke ladang gandum bumi. Tempat-tempat yang panas tu bila berbuka confirm nak sejukkan tekak dulu kan......

Ni buat penyejuk tekak nanti. Tembikai merah pun boleh la tapi tembikai susu tetap di hati Hamtaro

Buah-buahan ni kan bagus makan sebelum kita makan benda berat. Kurma ni sunnah makan dalam kuantiti ganjil 1, 3, 5 dan seterusnya. (mentang-mentang ganjil satu je dimakannya. Haha)

Bukan apa, kadang ada kurma tu manis dia macam ya ampun betul-betul gula rasanya. Tu kadang-kadang makan sebiji, tiga biji hehe. 

Betul ke memang ada kurma yang dicampur dengan gula? Kan tak bagus tu.

Ada cadangan tak brand kurma yang kawan-kawan rasa bagus? Takde campuran gula dan memang asli manis dia. Boleh suggest kan tak nanti nak g cari   kitty luv


19 comments:

Semut Senyum said...

Assalamualaikum. Tengah2 puasa ni mmg cepat haus. lebih2 lagi bila cuaca panas. SS ni tak gemar makan kurma sgt. Tapi dah sunnah, ku gagahi jua. Setakat sebijik tu, in shaa Allah tak ada masalah. Baru ni ada teman office bagi kurma daripada MunirHijjaz. tak tau pulak dia beli kat mana. Sedap kurmanya.Maybe Silahhassy boleh google tu. Done follow #35

Lea Azleeya said...

tak sah kalau tak de kurma n tembikai kalau bulan puasa ni..

dorsett pink said...

sedapnya tembikai... yum. tambah pulak musim panas macam ni..

Nana Liena said...

Haah..dkt pasaraya mmg banyak buah tembikai ni. Wajib adalah kalau bulan puasa. Layi kalau buat blend jadi jus. Dapat buah yg manis sedap tak perlu letak gula.

Hans Hanis said...

bulan nih hari-hari akan start berbuka dengan kurma dulu
sebab dapat free
hehehe

Cik Suerin said...

Cheq tak pernah lagi jumpa buah kurma yang tak manih, so tak dapeklah nak rekemen 😅

Flower 🌷 #38..hihi

Silah Hassy said...

@semut - waalaikumussalam. hehe sebiji tu boleh la kan masuk tekak, syukur. oh brand munirhijjaz? yang kumpulan nasyid tu ke? okay nanti try cari yang tu. terima kasih. ~~ follow dah hehe

@lea - kannn. hahaha 1 untuk sejukkan tekak satu tu memang bulan puasa wajib cari hehe. tak puasa pun bagus setiap hari ada kat rumah

@dorsett - kannn kann hehe

@nana - yaaa. sedapnya fresh juice =)

@hans - alhamdulillah. nikmat tu...

@cik s- alaaa. haha kita taknak yang manis gula, manis asli nakkk.. hehe





mama tisya said...

tembikai tu wat jus time berbuka sedapppp...sejuk tekak..buah kurma tktau nk suggest sbb tiap2 ramadhan mmg smua staff dpt...mmg sedap kurma tu..besar2 dan lembut...tk suka kurma yg keras...dan mmg manis

Sarah Rookee said...

Teringin nak makan tembikai, tapi seumur hidup tak pernah makan :(

Abam Kie said...

sejak awal Ramadhan lg dpt 4 kotak kurma tangkai dari Tunisia. 3 disimpan dlm kabinet. yg ada kat luar ni pun blom abis!

Anonymous said...

kurma yg saya suka kan, kurwa ajwa. sebab tahla dia cam lembut sikit berbanding kurma lain. dulu parents bawak balik dari mekah, fuh sesap kurma tu!

bulan puasa ni wajib kena ada buah atas meja. tak tembikai merah, tembikai susu xD

Lya Amie said...

Terliur dibuatnya tengok gambar makanan waktu macam ni. Haha.

Ana Suhana said...

Tembikai pun layan bila berbuka.:)

ewanthology said...

bab kurma tu..berbaik sangka je lah yg semuanya kurma ori :-)

Silah Hassy said...

@mama - ehhh seronoknya, mesti yang berkualiti tu =)

@noormaisarah - kenapa belum pernah makan tu? ada faktor apa2 ke?

@cikgu kie - haa ada 3 lagi tu, bagi saya la 1 hehe

@mazni - antara kurma-kurma yang mahal tu =) wahh ada geng tembikai susu..

@lya - alamakk. heeee

@ana - betul! makan sambil menikmati jus dia tu

@ewan - harap2 macam tu la

nohas said...

selama puasa ni, tak beli lg tembikai susu...kurma mariami kurang manis tapi dia liat sikit..safawi pun ok..

Azhafizah MN said...

suka makan buah kurma madu mazafati dates tu. so far cam okay je tak manis sangat. lembut dan isi tebal. mungkin ada sesetengah yg kata kurma madu semanis namanya. Apapun boleh cuba dulu..btw, tembikai pun sedap juga buat pemanis.

Silah Hassy said...

@nohas - ohh mariami? first time dengar nama ni. hehe terima kasih ye..

@azhafizah - lembut dan isi tebal tu macam best. terima kasih sis~

Sha Mohamed said...

Selalu beli yang Yusof taiyoob.. nama Safina, Waseem (nie ada manis sikit) dan Safia..