Friday, May 22, 2020

Ramadhan Yang Akan Diingati

Bismillah~


Tak terlintas di fikiran saya pun yang kita akan melalui ramadhan dengan norma baru dalam keadaan pandemik covid-19 yang sedunia. Negara kita mengikut plot Graf, mungkin berkurang tapi tetap masih banyak kes yang aktif.

Semua orang ada struggle masing-masing dalam keadaan sekarang. Tak boleh nak banding-banding. Hakikatnya semua orang terkesan cuma tahap tu je yang membezakan. Tahun ni kita dah rasa macamana sambut puasa dalam PKP dan tahun depan kita taktau lagi. Moga kita dipanjangkan umur dalam keberkatanNya.

Tak sampai 48 jam dah kita akan masuk bulan Syawal. Syawal pun kena praktik norma baru. Yang pasti tahun ni Raya mesti penuh dengan video call. Kan kan? 

Salam Ramadhan yang berbaki sehari lagi~
PINK ROSE

15 comments:

Mrs. A said...

Normal baharu dalam kehidupan suka atau tidak kena lalui juga.

Selamat hari raya Aidil Fitri ;-)

Sha Mohamed said...

Betul tu.. setiap orang ada kepauahan dan kesusahannya.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Aidilfitri dah tak jauh..

Salam Aidilfitri sis..

Cikgu Badar said...

Betul tu..kena biasakan..SLMT HARI RAYA

atiehilmi.com said...

betul dik.. semua pun terkesan tapi in shaa Allah, semua akan pulih nanti..

Khairul Krol said...

Cepat ja masa berlalu.. Esok dah nak raya. Selamat Hari Raya :)

ray said...

Ramadan kali ni cukup bermakna and special sgt.

Unknown said...

Salam Ramadhan

Silah Hassy said...

@mrs A - iya betul. untuk kebaikan bersama. selamat hari raya Aidilfitri juga kak =)

@sha - aamiin.. salam Aidilfitri juga akak. moga di bawah lindungan Nya sentiasa..

@en badar - betul tu cikgu.

@atiehilmi - mudah2an sis.. aamiin

@khairul - kann. sekejap je. selamat hari raya juga =)

@ray - betul tu. setiap yang berlaku ada hikmahnya... =)

@unknown - salam Aidilfitri =). walau siapa pun anda. hee

At-Tarmizi said...

selamat hari raya =)

nohas said...

Ramadan sudah berlalu..semoga tarbiyah Ramadan tetap hidup utk 11 bulan yg akan dtg..

mamapp said...

Ramadhan yg Paling berbeza tahun Ni tapi tenang aje rasanya

Nana Liena said...

Tahun ni ramadan wpun sekejap tp seronok. Lg 1 jarang beli dkt luar. Sekali 2 je beli lauk luar.

ezy.fia said...

ramadhan paling istimewa tahun ni.. =')

Silah Hassy said...

@at tarmizi - selamat hari raya =)

@nohas - aamiin.. moga2 kita semua..

@mamapp - iya betul. raya pun tak kelam kabut pagi tu macam selalu. hehe

@nana - tengok entry nana pun tau masak je kerjanyaaaaa. sedappp pulak tu tengok hahah

@ezy - alhamdulillah tumpang gembira untuk akak. hehe

Azhafizah MN said...

Betul! Paling di ingati sampai bila-bila pun.