Sunday, May 24, 2020

Raya Throwback~

Assalamualaikum~
Harini dah 1 Syawal

Syukur kita masih lagi diberi udara untuk bernafas. Ramadhan dah melabuhkan tirai (hehe klise pulak) dan semoga kita diberi kesempatan untuk jumpa lagi pada Ramadhan 1442H. Aamiin~

Cerita Raya harini takde pun. Takde ke mana-mana. Cuma tengok orang je update pasal Raya masing-masing. kebanyakannya gambar Raya kat rumah sendiri. Good Job~ So kita imbas kembali kenangan dulu-dulu je lah. kawaii

Berbelas tahun yang lalu, bila Raya je mesti meriah dengan ucapan raya melalui SMS @ sistem pesanan ringkas. Siap ada simpan lagi ucapan tahun-tahun lepasnya yang best dalam draft untuk tahun depan pulak. Haha. 
sparkle sparkle sparkle sparkle sparkle
Malam Raya dan Raya pertama confirm menderu-deru SMS masuk. Suka sangat rasa berbalas ucapan Raya. Dulu pakai simbol-simbol je, kreatif sikit jadi bentuk gambar. Dengan pantunnya.. bukan main lagi. Sekarang, teknologi tanpa batasan. Macam-macam grafik ada. Tu la perubahan zaman kan.

Antara handphone yang digunakan suatu masa dulu. Model apa tah ni. 3100 eh? Heee~

Bukanlah seorang gamer cuma suka sebab dia rare. 
Tapi bila nak taip tu kena pegang dua belah tangan la haha (N-Gage QD)

Satu lagi bab kad Raya. Ni lagi kenangan. Dulu masa zaman sekolah mesti akan g pekan beli. Siap pilih yang kartun-kartun lawa dan lawak. Haha. kat sekolah esoknya bagi kawan-kawan. Kadang-kadang terkejut datang sekolah pagi-pagi ada orang letak kad Raya bawah meja. Siap suruh balas lagi. Adehh nostalgia sungguh.

Nak up gambar kad raya yang dulu pun taktau dah kat mana duduk. Dah ditelan bumi mungkin. Ngeee~

Apa pun saya nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 
untuk rakan-rakan Blog yang saya baru kenal, yang 9, 10 tahun lalu kenal, dan yang bakal kenal? Ehh. Hahaaa




32 comments:

NA said...

Datang beraya.
Menggamit kenangan betul. Betul tu pasal kad raya lawak tu macam-macam ucapan-macam ucapan yang menggeletek hati.

nohas said...

Sekrg hntr whatsapp gambar famili, hntr GIF..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin..

Khairul Krol said...

Kenangan zaman sekolah. Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

uncle gedek said...

Salam Aidilfitri!

HP lejen ni!

paridah said...

SALAM IDILFITRI MAAF ZHR BATIN..IMBAU KENANGAN YA

aswadz said...

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Raya dulu tak sama macam sekarang. Lagi-lagi semasa PKPB ni. Almost 100% berbeza suasana, at least bagi aku la.

Emfzr said...

salam lebaran :)

Warisan Petani said...

Salam lebaran 1441H
maaf zahir dan batin

Aisya์‚ฌ์ฟ ๋ผ♥ said...

I still have my old nokia phone... elok je lagi bertahan, tak caj berminggu pun hidup je. Rindu zaman balas-balas kad raya jugak, SMS pun jalan..

Postinks said...

hp jadul itu heheh

mohon maaf lahir dan batin kak :)

Postinks said...

susah follow... silahkan follow back me :)

ejulz said...

Betul tu. Sekarang banyak perbezaan daripada dulu2. Salam Aidilfitri

Jemput join segmen kalau belum ya ☺️

https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

AzianKhalil said...

Selamat hari raya aidilfitri...bila tengok henpon macam tu...automatik teringat zaman compose ringtone... 4d1 8e2 8#a1

ShirVen said...

dulu masa sekolah, mesti awal2 dah post kad tuk kekwn even dekat pun tetap post sebab keseronokan masa terima kad tu lain semacam je. skrg semua dok main gif antar thru phone je. keseronokan tu berbeza walaupun tujuan tetap sama. slmt hari raya dik silah

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

dorsett pink said...

selamat hari raya SIlah. maaf zahir batin

ray said...

ni legend ni!

Hernee Nazir said...

hHP legend hahaha
selamat hari raya maaf zahir batin

Aujinz said...

Ambuihh, banyak koleksi hp. Hahahaaha
Selamat Hari Raya Silah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Farhana Jafri said...

hahaha dulu kena padam lagi mesej yang lama2 sebab tak cukup space. Sekarang dah tak payah dah, hantar la banyak mana pun ucapan.

Silah Hassy said...

@NA - sila2. kita raya kat blog jugak ni. ha a kan ishh kalau ada lagi kad raya tu baca mesti gelak guling2 ahahakss

@nohas - sekarang macam2 boleh. video call la paling banyak orang buat bila jauh..

@khairul - kenangan yang dirindui. hehe. selamat hari raya Aidilfitri =)

@uncle - ha a hehe. selamat hari raya aidilfitri uncle ~

@paridah - hehe mengimbau je mampu kak.. selamat hari raya =)

@aswadz - ya betul juga tu.. ada la kelainan dan ada manisnya juga perbezaan ni..

@m - salam lebaran juga :)....

@warisan - salam aidilfitri wak :)

@aisya - masih elok ye. waaa klasik tu..

@postinks - terima kasih. selamat hari raya juga :)

@ejulz - banyak sangat beza dari segi teknologi. selamat hari raya juga :)

@azian - selamat hari raya sister =) hehe adehh. bunyi tone dia pun legend sangat >.<

@shirven - betul kak. teruja dapat kad raya padahal kawan tengok muka hari2. selamat hari raya maaf zahir batin kak. heee~

@zulhilmi - selamat hari raya >.< oraitt dah singgah raya semalam kat blog..

@dorsett - selamat hari raya maaf zahir batin sister =)

@ray - dulu2 memang legend. haha

@hernee - belas2 tahun dulu. hehe. selamat hari raya aidilfitri =)

@Aujinz - hehe sayangnya ada yang dah lupus. selamat hari rayaaaa jugak =)

@farhana - betul tu. limited je mesej2. yang best je simpan haha

mama tisya said...

selamat hari raya...hp nokia time tu paling glamour mcm2 model..mmg best part dpt sms raya tu..tp kalo byk sgt kena delete sbb dh full memory sbb org send sms raya baru nanti tkbole tgk hehe

Eyna Puzi said...

Selamat Hari Raya! ๐Ÿ˜‰

Rindunya zaman sms and kad raya dulu!! Now dah terasa tua sangat hehe

ewanthology said...

salam lebaran ... bila dah tukar nama blog ni x tau la baru kenal atau dah lama kenal .. hehe

Fahmi said...

Selamat Hari Raya

kenangan indah disimpan dalam memori

mamapp said...

Selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

Lya Amie said...

Satu tradisi yang Lya masih kekalkan ialah hantar kad raya. Cuma dulu hantar pada ramai orang, zaman sekarang ni, hantar pada kawan-kawan baik sahaja. Hehe

Nana Liena said...

Kita raya pertama dduk rumah makan tidur masak. Siap buat biskut lg tu. Hehe
Kdg tengok orang lain siap ootd lagi. Kita tak ada mood nak beraya

Silah Hassy said...

@mama - kann banyak betul model nokia dulu. win sangattt. sms tu kena pilih yang best2 je haha full memory.

@eyna - betul. rinduuuu. hehe dah berdekad zaman tu.

@ewanthology - salam lebaran juga. rasanya kan, pernah kenal la nama ni 9 10 tahun yang lalu. famous jugak nama ewanthology ni~ hee

@fahmi - selamat hari raya. hehe selagi ingatan masih ada..

@mamapp - selamat hari raya maaf zahir batin juga mamapp =)

@lya - waaaa. sampai sekarang bertahan.. rare tu..

@nana - hahakss. lebih kurang la kita. hee

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam lembaran Aidilfitri buat silah..

Nour Adieb said...

jaman dulu sibuk bebenor cari kad raya

Azhafizah MN said...

fiza pun ada simpan lagi phone lama. sayang nak buang. Buat kenangan je lah. dulu dulu dapat kad raya kemain suka lagi kan. Sekarang pun dah jarang jumpa kad raya. harga pun mahal dah