Saturday, May 02, 2020

Susu Kambing Kegemaran ~

Bismillah~

Assalamualaikum


Harini dah hari ke-9 kita bersama Ramadhan. Sebenarnya terdetik hati nak kongsi cerita pasal minuman susu yang selalu saya minum. Siapa penggemar susu kat sini? Tak kira susu apa pun. Hehe
 Ada perisa Kurma (paling sukaaa), Asli, Cafe dan Strawberry (terbaru). Satu lagi perisa Choco (saya tak ambik)

Ni la dia susu yang menjadi peneman pagi dan malam. Untuk bulan puasa ni lagi la kena minum. Sahur tu semestinya. kalau tak nanti tiba-tiba kelaparan lebih daripada biasa. Ihikss~

Sebelum puasa haritu saya order terus sedozen, ada 12 kotak dalam tu. Sebab bila beli sekotak harga dia lagi mahal. Sedozen ni pun kena kumpul duit dulu sambil korek tabung Bencana haha tapi berbaloi la tahan sampai 6 bulan (untuk sorang). Jimat sikit >.<

Ni perisa terkini, baru nak try ~

Ingat lagi pertama kali saya dengar segmen tajaan susu Lazz ni kat Radio IKIM tahun 2015 yang lalu, masa bulan puasa =)

Sebelum tu, dari zaman sekolah lagi saya ni jenis peminum susu. Banyak juga try jenama cuma kebanyakan stick kat jenama Everyday. Hehe. Pastu bila terdengar statement 'Susu kambing adalah susu ke-2 terbaik di dunia selepas susu ibu' terus rasa nak bertukar ke susu kambing pulak.

Saya tau ramai yang tekak tak boleh terima dengan susu, apalagi susu kambing. Even family sendiri pun hehe tapi okay je takde la cepat habis kan. Ngeee~ 

Korang minum susu ke? Ke masa kecik2 dulu je? Hihi~ 


23 comments:

Nana Liena said...

Singgah sini sekejap sambil tunggu kacang merah empuk. 😅 nanti saya ziarah balik.

Btw suka minum susu tp esoknya membuanglah. Hehe. Semua susu saya minum. Tp suka susu low fat yg plain. Lg 1 susu coklat. Letak la brand apa pun saya suka minum.

shima jelani said...

Kak shima minum susu kambing masa pantang bersalin je sebab anak kena kuning. Selain tu, tak pernah :)

Nor Azimah Ali said...

Takleh minum susu, perut alah dgn lactose, huhu..

Fahmi said...

dulu masa kecil ada program susu sekolah depa jual bawah harga pasaran (rasanyalah) tapi selalu juga minum susu dutchlady

Silah Hassy said...

@Nana - rajin buat pau. hehe. ohh betu la kadang ada hari dia, lain macam perut bergelora minum susu ahaha

@shima - ohhh. ye jugak kan ada petua minum susu kambing =)

@nor azimah - faham2. hehee~

@fahmi - saya suka susu budak RMT tu dulu. waa dutch lady jarang tak sedap >.<

ZULHILMI TEMPOYAK said...

dl pernah beli untuk anak susu ni. dia taknak minum. last2 bapak dia yg minum. sedapp. hehe

Sunah Sakura said...

sedap ek Lazz susu kambing ni? nampak gak kawan2 share..sekarang siap ada perisa stroberi dan choco lak kan...

Farhana Jafri said...

pernah minum sekali je la susu kambing, tekak kembang jadinya.

The Redza Channelz said...

Pernah tengok iklan susu Lazz tapi tak pernah rasa.
Saya selalu minum Marigold.

Anonymous said...

slalu tengok lazz susu kambing ni kat iklan kokom production xD

Nieda Ramly said...

Tak pernah dengar jenama ni..huhuhu.

Silah Hassy said...

@zulhilmi - haha ohh anak tak sesuai kot tekaknya. nasib baik ayahnya boleh minum heee

@sunah - sedap. hehe. ha a ada perisa baru strawberi tu. choco pun ada

@redza - ohh marigold. pun boleh dik. ehee

@mazni. oh eh? ada tajaan kot tu >.<

@nieda - ohh. ha nanti tak lama ada la tu dengar. hakss

ewanthology said...

anak saya minat lah... susu campur xoco crunch :-)

ray said...

I don't think I've ever tried susu kambing.

Seorang Syed said...

Dulu pernah la minum susu kambing waktu bulan puasa.
You know what? 3 hari sakit perut waktu tu.
Tak tau la susu kambing yang dibeli ada msalah or sebab minum susu tu waktu perut kosong.

Silah Hassy said...

@ewanthology - yang tu saya pun minat haha. sekarang jarang dah beli choco crunch

@ray - you should give a try at least once in a life. eh??

@syed - alamak. 3 hari tuuu. memang ada orang perut dia bergelora bila minum susu hehe

Izaramli said...

Iza suka susu lazz! tapi pregnant kali ni kalah la. takleh minum. walaupun susu lazz ni bau kambing dia tak kuat, pregnant kali ni tak boleh bau susu lazz. sadis betul.

Silah Hassy said...

@izaramli - ohh mungkin pembawakan budak tu. hehe takpe la, suka susu kambing tu pun dah okay =)

ray said...

hahahaa takut la nak try. takut x sedap XD.
ke sama je ?

Silah Hassy said...

@ray - sedapp la. tak sama. haha untuk yang tak biasa ada perisa choco, cafe, strawberi. haaa lagipun boleh je nak add-on apa2 buah, bleng sekali. tambah kurma sendiri pun boleh. hehe

Fiza Aizzawa said...

Lazz mmg sedap, nak2 yg kurma.. tp yg strawberry belum cuba lagi..

Silah Hassy said...

@fiza - yeaaaa. hi-5 sikit. hehe. eh social distancing haksss

Sha Mohamed said...

Ada sesetengah susu kambing rasa hamis.. kalau dapat yang kena dengan tekak memang best..
Sha selalu beli susu kotak macam Dutch Lady, Goodday, Marigold ataupun Farm Fresh.. yang bancuh nie tak berapa serasi.. Susu kambing lagilah.. Tak jumpa lagi yang kurang berbau..