Friday, June 26, 2020

Makan Luar Pertama Kali Lepas PKP

Assalamualaikum, Hai ~

Tadi masa makan kat gerai kawasan Terminal Bas Shah Alam, baru terfikir "eh ni first time makan kat kawasan awam semenjak bermulanya Perintah Kawalan berbulan-bulan yang lalu. Ahaks

Alang-alang dah keluar hantar kawan kat situ makan la sekali. Sebenarnya tak niat pun nak makan situ sebab tak lapar tetiba nampak kawasan gerai-gerai jadi lapar. Apekah?


So takyah la fikir nak masak apa malam ni kat rumah sewa ngahaha. Saya order Kuew Teaw Tomyam.

Mula-mula order Kuetiau Kungfu, kawan pun order sama jadi tukar la taknak sama. Hahahahaha motifff??


Onionhead30

Lamanya dah tak blogwalking. Sekarang dah kembali ke rutin sebelum PKP yang lalu, jadi ke-busy-an serta kecelaruan untuk menyiapkan tugasan yang tergendala ditambah dengan blur nak post entry apa. Hehe. Sekian~


Thursday, June 18, 2020

Seri Muka Yang Sedap Makan Sampai Habis

Bismillah~

Semalam masa berjalan ke tempat mencari rezeki, singgah la kat kedai makan nak tengok-tengok apa yang ada kat situ sebab kawan kata sedap kat situ. Selama ni lalu je tengok dari jauh je tak pernah singgah masuk lagi. Hehe


Macam biasa sarapan pagi Malaysia ada nasi lemak, bihun, mee goreng, nasi  goreng serta kuih-muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Tibeh!

Okay , kuih-muih dia menarik walaupun tak banyak pilihan. Sekali nampak la kuih kegemaran. Beli la sebungkus. Ahaksss
Suka tengok bentuk potongan dia, elok je segi empat. YANG PENTINGGGG rasa dia SEDAPPPPP nya lahaiiiiiiii.  
Bahagian atas yang manis-manis sikit blend dengan bahagian bawah  pulut yang sedikit masin boleh dikatakan seperti tagline lemak berkrim disukai ramai hahaha. Boleh?
Beli kat kedai makan sebelah Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam (Rm2.50 1 pek) 

Hopscotch




Sunday, June 14, 2020

Aktiviti PKPP

Assalamualaikum Haiii

Jumaat lepas sampai di rumah sewa yang telah ditinggalkan nak dekat 3 bulan. Masuk je bilik cari sawang-sawang kat baju dan tempat tidur. Hahaha takde sangat pun, habuk-habuk tu je ada. 

Tapi kalau kat kipas, amboi meriah sawang di situ. 
Rockin Stick Figure!!!!

Jadi untuk mengelakkan lagi banyak sawang melekat di kipas, marilah kita bersihkan

Harus la pakai tangga heee

Baru la rasa angin turbo. Hahaha

Maafkan saya yang tiada idea. Hal kipas pun nak buat entry. Miahaha. Ada idea nak nak update apa? Ngeee!
peek a boo kitty
Esok baru masuk seperti rutin sebelum PKP. Selamat Meneruskan Perjalanan Hidup~ 
Blowing kisses



Tuesday, June 09, 2020

Pulang Ke Gelanggang

Assalamualaikum~



Hai nak singgah tiup sawang je sikit kat sini. Hehe. Dah dekat seminggu tak update dek kerana kesibukan yang tak berapa nak jelas (hahaks) ditambah  dengan lontaran idea yang tak kunjung tiba seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Lahh *di mana kaitannya*



Memandangkan pengumuman Rentas Negeri dah dibenarkan, jadi secara automatik saya akan kembali meneruskan rutin harian dan pulang ke rumah sewa nun jauh di sana. Hahaha apa lah jadi dengan barang-barang mesti kena tiup sawang 18 kali ganda daripada tiup sawang kat blog. Erkkk~ 

Ada perkara perlu diselesaikan yang tertunda sejak 18 Mac yang lalu. Ada 'perlawanan' yang perlu dihabiskan. 


Perlu disiapkan dan apa pun keputusannya, hidup perlu diteruskan. Ngee~


Minggu depan bermulalah kembali kehidupan seharian seperti sebelum PKP. Yang pasti perlu lebih ber hati-hati kerana kita belum menang sepenuhnya. Wabak masih ada, lagi-lagi jika kita berada di persekitaran yang ada komuniti manusia. 
YoYoCiCi - i am so in love - heart

Pesanan - Maaf saya belum balas komen kat Post sebelum ni. Hehe saya baca je semua dan tersengih sendirian sambil jawab dalam hati. Terima kasih yang datang singgah walaupun tuannya tah ke mana. Hakss





Wednesday, June 03, 2020

Pavlova Die Hard Fans

Bismillah~

Bagitau siap-siap ini bukan Entry Resipi Pavlova Mudah Dan Sedap. Ni cuma KEGIGIHAN MENDAPATKAN SEPOTONG PAVLOVA BUATAN SENDIRI DAN MAKAN SENDIRI. Haha

Yang saya tau bahan buat pavlova ni simple je. Pakai putih telur, gula kastor, esen vanilla sikit, tepung jagung sikit, cuka secoet pastu whipping cream (non-dairy recommended). 

Untuk topping letak je buah yang masam-masam macam kiwi ke, strawberi dan segala keturunan berrys. Ada je orang letak buah yang manis so ikut la citarasa sendiri. Letak buah yang masam tu sebab nak balance kan rasa manis pavlova tu.

Okay bahan dia boleh la gigih cari. Tapi nak buat dia tu ya Allah ampuni Nabila ya Allah. Salah terma dan syarat melingkup la Pavlova hang. breakdancing stick wooh!!

Bila ada slek je kat pavlova tu mesti tak patuhi piawaian sebenar. Nanti pavlova jadi liat la, kempis, berair, mendap dan macam-macam lagi. Dan pengalaman tu alhamdulillah saya dah merasainya demi menghasilkan pavlova buatan sendiri.
lmao
Sampai semalam buat pun buat masih ada yang tak kena. Nasib baik sukaaaaa kalau tak dah lama baling je bekas buat pavlova tu. Eh?? Hahaha

Segala kekurangan kita boleh tutup dengan whipping cream. Hehe sangatttt berguna
Tanpa Strawberi, Pavlova masih bererti. Erk~ 

Yang pasti, akan buat lagi dan lagi. Chef pun kata dia buat Pavlova ni Try n Error 10 kali baru jadi. Sekian coretan Penggemar Pavlova ~ Hakss


Monday, June 01, 2020

Jun 2020

Assalamualaikum~

Onion head- Bye

Eh dah 9 syawal rupanya kita harini. Dah masuk bulan 1 Jun bermakna ia bulan 6 - okay tu semua orang tahu. 

Kalau ikutkan tarikh sebenar tanpa ada aral yang melintang, semalam 31 Mei 2020 saya akan tamatkan kursus Praktikal melalui program Jumper Start Up (PUNB) yang saya ikuti bermula Oktober tahun lalu. Tapi terpaksa ditunda tarikhnya kerana 2 bulan lebih dah tak masuk. So tunggu la bila dipanggil masuk semula. Ada satu dua perkara yang perlu diselesaikan lagi.

Oh malam tadi ada terbaca komen dari Blog Anisa yang anjurkan Giveaway tu. Tersenyum secara tiba-tiba. Ni kali kedua terpilih secara undian sejak buat blog baru Ramadhan yang lalu. First haritu dari blog Kak Shirven. Terima Kasih semua ~ Nanti nak buat juga lah Giveaway hehe.  

Mood ke-lautan dalam 2 3 hari ni haha tu yang tak berjalan-jalan ke blog. Okay jom la jalan harini ~


cat chasing butterfly