Tuesday, June 09, 2020

Pulang Ke Gelanggang

Assalamualaikum~



Hai nak singgah tiup sawang je sikit kat sini. Hehe. Dah dekat seminggu tak update dek kerana kesibukan yang tak berapa nak jelas (hahaks) ditambah  dengan lontaran idea yang tak kunjung tiba seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Lahh *di mana kaitannya*



Memandangkan pengumuman Rentas Negeri dah dibenarkan, jadi secara automatik saya akan kembali meneruskan rutin harian dan pulang ke rumah sewa nun jauh di sana. Hahaha apa lah jadi dengan barang-barang mesti kena tiup sawang 18 kali ganda daripada tiup sawang kat blog. Erkkk~ 

Ada perkara perlu diselesaikan yang tertunda sejak 18 Mac yang lalu. Ada 'perlawanan' yang perlu dihabiskan. 


Perlu disiapkan dan apa pun keputusannya, hidup perlu diteruskan. Ngee~


Minggu depan bermulalah kembali kehidupan seharian seperti sebelum PKP. Yang pasti perlu lebih ber hati-hati kerana kita belum menang sepenuhnya. Wabak masih ada, lagi-lagi jika kita berada di persekitaran yang ada komuniti manusia. 
YoYoCiCi - i am so in love - heart

Pesanan - Maaf saya belum balas komen kat Post sebelum ni. Hehe saya baca je semua dan tersengih sendirian sambil jawab dalam hati. Terima kasih yang datang singgah walaupun tuannya tah ke mana. Hakss





24 comments:

NA said...

It's ok. Kadang-kadang tak balas juga tapi yang tanya insya Allah akan dijawab.
Selamat kembali ke rutin asal.

Záty Rose said...

stay safe ya sis!! <3

Cikgu Badar said...

Selamat kembali

Bunda_nora said...

Salam uhkwah dan selamat berhari raya.
Selamat kembali, Bunda pun baru jer come back berblogging..

Azhafizah MN said...

Selamat pulang & have a safely journey. Stay safe Silah.

Khairul Krol said...

Selamat menjalani rutin harian. Stay safe :)

norhidana said...

takpe slow2, dulukan yang perlu

uncle gedek said...

Seminggu belom ada sawang... lap=lap habok je... hehehe

nohas said...

selamat pulang ke rumah sewa..semoga semuanya dipermudahkan..

back to normal life in new normal..#takecare..

Sunah Sakura said...

hahahha kelakor lerr silah ni...

selamat kembali bekerja, stay safe ya...

Ujie Othman said...

Nak submit business proposal ya tu...moga berhasil!

Afriant Ishaq said...

Tetap berhati-hati. Jagakan diri jangan sampai tersilap akan wabah ni.

Itu nak buat ape?

Wak Lat said...

wak masih work from home nih., ;p

Mas FVOME said...

selamat kembali ke rumah sewa la yer..haa..siapkan ap yg x siap lg tu

Abam Kie said...

semalam dah gi mesyuarat pembukaan sek. Pengetua bagi masa seminggu utk buat persiapan bagai. Lps tu ada simulasi plak.

Tqa London said...

Semua pakat rentas negeri lah sebab banyak perkara nak diselesaikan.
Ayah ada juga cakap nak ziarah makcik (his sister) sebab masa PKP mula 3 bulan lepas, makcik jatuh sakit, sekarang dgr cerita dah guna wheelchair and machine oxygen. Takde siapa yang boleh tolong masak apa semua, risau pula.

Semoga dipermudahkan untuk kita semua.

ewanthology said...

time PKP mmg byk idea keluar ..bila dah start keje terus kering ideA.

ShirVen said...

betul tu dik silah, hidup harus diteruskan dgn norm baru. semoga semua dipermudahkan dan stay safe. jaga diri yea

Semut Senyum said...

Assalamualaikum Silah Hassy.. yeaahh, dah bersih dah blog dia dari sawang2.. silap, time blogwalking nanti tetiba boleh jadi spiderwomen. hehehe... Take care! Stay safe! dan semoga urusan dipermudahkan Allah.. Happy blogging! =D

ezy.fia said...

selamat menjalani rutin harian seperti biasa dgn norma yg baru.. haa gittewwww.. haha

Haziqah said...

new norma. take care selalu ye.
https://haziqahadevin.blogspot.com/2020/06/happyeidmubaraknewnorma.html

Shida Radzuan said...

study balik eh, hati2 silah :) pape roger..hehe cehhhhh :p

mamapp said...

Stay safe and be safe ye

Nina Mads said...

Rutin harian plus semakin malas.. haha harap rajin mcm sebelum pkp