Saturday, September 25, 2021

Kisah Vaksin Saya

Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe

Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah pengambilan Vaksin haritu. Tiberr~ (selepas dapat idea orang itu haha)

Memandangkan sekarang dah bulan September 2021, majoriti rakyat Malaysia dah ambil vaksin la kan sebab sekarang dah start pemberian untuk budak sekolah pulak. 

Cerita saya tiada apa yang menarik pun. Saya dapat dos pertama pada 10hb Julai. Bagi seseorang yang agak ngeri dengan jarum dan benda2 tajam, saya hanya cuba berpura cool di hari kejadian. Hahaha 

Alhamdulillah cool je sampai balik. Hahakss Dipermudahkan urusan. Untuk kesan sampingan dos pertama tu saya rasa pening kepala sahaja tapi punca tak jelas sebab memang kadang2 datang sakit kepala tiba2

Okay teruskan cerita, 21 hari kemudian dos kedua selamat di ambil. Tapi gejala kali yang kedua ni selesema + demam pada hari ketiga empat camtu la. Setelah sekian lama tak demam. Kecundang haritu hehe.

Apa2 pun kita ikhtiar kan. Ada hikmah yang besar di sebalik munculnya virus Corona ni. Sama2 la kita jaga diri. Sekian tu je la nak cerita

Pssst : ingat nak taip seketul dua je perenggan. Lahhh banyak jugak perkataan ni. Phewww~