Assalamualaikum~
Hai nak singgah tiup sawang je sikit kat sini. Hehe. Dah dekat seminggu tak update dek kerana kesibukan yang tak berapa nak jelas (hahaks) ditambah dengan lontaran idea yang tak kunjung tiba seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Lahh *di mana kaitannya*
Memandangkan pengumuman Rentas Negeri dah dibenarkan, jadi secara automatik saya akan kembali meneruskan rutin harian dan pulang ke rumah sewa nun jauh di sana. Hahaha apa lah jadi dengan barang-barang mesti kena tiup sawang 18 kali ganda daripada tiup sawang kat blog. Erkkk~
Ada perkara perlu diselesaikan yang tertunda sejak 18 Mac yang lalu. Ada 'perlawanan' yang perlu dihabiskan.
Perlu disiapkan dan apa pun keputusannya, hidup perlu diteruskan. Ngee~
Minggu depan bermulalah kembali kehidupan seharian seperti sebelum PKP. Yang pasti perlu lebih ber hati-hati kerana kita belum menang sepenuhnya. Wabak masih ada, lagi-lagi jika kita berada di persekitaran yang ada komuniti manusia.
Pesanan - Maaf saya belum balas komen kat Post sebelum ni. Hehe saya baca je semua dan tersengih sendirian sambil jawab dalam hati. Terima kasih yang datang singgah walaupun tuannya tah ke mana. Hakss