Saturday, September 25, 2021

Kisah Vaksin Saya

Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe

Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah pengambilan Vaksin haritu. Tiberr~ (selepas dapat idea orang itu haha)

Memandangkan sekarang dah bulan September 2021, majoriti rakyat Malaysia dah ambil vaksin la kan sebab sekarang dah start pemberian untuk budak sekolah pulak. 

Cerita saya tiada apa yang menarik pun. Saya dapat dos pertama pada 10hb Julai. Bagi seseorang yang agak ngeri dengan jarum dan benda2 tajam, saya hanya cuba berpura cool di hari kejadian. Hahaha 

Alhamdulillah cool je sampai balik. Hahakss Dipermudahkan urusan. Untuk kesan sampingan dos pertama tu saya rasa pening kepala sahaja tapi punca tak jelas sebab memang kadang2 datang sakit kepala tiba2

Okay teruskan cerita, 21 hari kemudian dos kedua selamat di ambil. Tapi gejala kali yang kedua ni selesema + demam pada hari ketiga empat camtu la. Setelah sekian lama tak demam. Kecundang haritu hehe.

Apa2 pun kita ikhtiar kan. Ada hikmah yang besar di sebalik munculnya virus Corona ni. Sama2 la kita jaga diri. Sekian tu je la nak cerita

Pssst : ingat nak taip seketul dua je perenggan. Lahhh banyak jugak perkataan ni. Phewww~

8 comments:

ezy.fia said...

tahniah silah dh completed vaksin..
nt jgn lupa update blog lg.. hihikkkk

aswadz said...

saya dpt vaksin pfizer. 1st dose okay. Cuma sengal2 tang tempat kena cucuk. Ada la dalam 2-3 hari, pastu okay. 2nd dose lama sikit sengal2 tu. Pastu malam cucuk 2nd dose tu, kul 3-4 pagi bangun seram sejuk badan. Mujur tak demam keesokan harinya.

nohas said...

Alhamduillah, dah lengkap 2 dos..

Shida Radzuan said...

Tahniah dah lengkap..dos :)

mamapp said...

alhamdulillah dipermdahkan

Mrs. A said...

Dah lengkap 2 dos ingatkan lengkap sungguh rupanya kena ambil booster pulak kan...

Berryl Cholif Arrohman Nurriduwan said...

terima kasih informasinya
Visit Us

Pha Is said...

saya 3 dos.. hehe..