Friday, May 08, 2020

Sketsa 14 Ramadhan

Assalamualaikum~


Semalam keluar pergi ambik barang kat rumah kawan. Beli barang kat Go Shop selepas disuruh, tapi nak guna alamat sendiri tak boleh sebab tak cover area ni. So, tumpang la alamat kawan yang duduk bandar sikit. Hehe


Lama dah sampai barang kat rumah dia tapi tak boleh ambik sebab kawalan kan. Ni kena ambik jugak la, sebab 10 hari je tempoh kalau ada apa-apa hal kena report.


Sejak PKP, tak pernah sekali pun keluar ke arah tu (pekan yang selalu pergi). Tanya la kawan tu ada roadblock ke apa.

SH : Betul ke boleh keluar ni? Nak g ambik barang la.


A : InshaAllah boleh

SH : Tak pernah keluar lagi ni. Simpang 4 tu ada lagi tak? Banana Dance (errr soalan apakah ini?)

A : Hahaha apoo. Ada lagi berdiri elok je simpang tu.


SH : Nak location.


~Bebel-bebel pasal lokasi pulak


Simpang 4 tu simpang besar lampu isyarat kira macam landmark untuk kawasan tu. Kalau nak tunjuk arah ke, simpang tu mesti orang tau la.


Sekali pergi, memang ada roadblock pun pergi balik. Tumpang lalu kejap ye~ scary Saya terpaksa keluar ni (cakap dalam hati je. Ihiks).


Seram la keluar time-time macam ni, sebab kita taktau sape silent carrier. Mintak dijauhkan. Duduk rumah je lagi elok~

Kudapan berbuka harini. Bagus la jagung ni macam-macam boleh buat. Hehe
(Errk kenapa nampak berminyak sangat ni? Haha)



17 comments:

Záty Rose said...

your question is cute tho hihi. izzati pun dah lama tak keluar and rasa nervous jugak haha. stay safe yeee. <3

Rubiah Kadir said...

Samalah. Sejak PKP ni. Lama berkurung nya. Hehehe. Takpelah berminyak pun. Janji sodap dan kenyang perut.

Wak Lat said...

kita semua mmg nak patuh PKP dok umah tapi kekadang terpaksaa gak kuar kanna langgar roadblock., huhuhu

Aiman said...

lama sangat tak keluar, takut semua jalan dah lain kan hehe

Fatimah Nabila said...

betul. ni terperuk je dlm rumah xkluar2..dah jadi bes pulak dduk rumah jer

Nurul Husna said...

Alamak... msuk sini nmpak cucur jagung.... terliurr aihhh ... XD

Aisya사쿠라♥ said...

ermmm dapnyee cucur jagung!!

norhidana said...

Nak keluar jadi malas time2 gini

Mimie said...

bila ada roadblock memang seriau nak jalan ke mana mana kan. padahal tak buat salah pun.

done follow #42

Silah Hassy said...

@izzati - hehe terlintas pulak soalan tu. ha a betul rasa macam awkward sikit bila berbulan tak keluar situ.

@rubiah - untuk keselamatan bersama berkurung =). hehe cucur jagung kegemaran

@wak lat - kannn. semoga dilindungi~

@aiman - haha takut tetibe blank!

@fatimah - dah bff dengan rumah >.<

@nurul - hehe jemput-jemput jagung yang suruh orang jemput tengok.

@aisya - hehe =)

@norhidana - betul. takde hal penting duduk rumah lagi best~

@mimie - ha a la haha rileks2 je kan boleh. hehe

Sunah Sakura said...

aaaaa cucur jagung! ri tu pun adik kat kampung tunjuk cucur jagung gak...

nohas said...

sedapnya cucur jagung..boleh buat versi pedas & versi manis..

Silah Hassy said...

@sunah - menggoda sungguh cucur jagung ni lagi yang nampak butiran jagungnya. hehe

@nohas - kan kann hehe. letak hirisan lada sikit boleh, gula sikit boleh..

Azhafizah MN said...

belum keluar lagi..masih terkurung. betul, duduk rumah diam diam sebab virus tak nampak ni bahaya betul tak tahu siapa carrier nya

aswadz said...

kalau nak keluar, make sure pakai face mask. tgn selalu sanitize kalau ada sentuh apa2 kat luar tu. amalkan dua ni je, insyaAllah selamat.

Sha Mohamed said...

Bila lama tak keluar memang cuak dia lain macam.. hehehe.. 😂

NadiaJamhari said...

Sedapnyaaaa kudapan tu